Wednesday, April 28, 2010

FAMOUS QUOTES from FAMOUS PEOPLE



"the world is a dangerous place not because of the evils people do but because of the other good people who just LOOK ON and does NOTHING "
Albert Einstein

Tuesday, April 27, 2010

Kelebihan Aziz M Osman menyamai Osman Hafsham

Aziz M Osman pandai membentuk watak untuk pelakon2 yg dipilihnya lebih2 lagi bagi mereka yg diberi peranan memegang watak2 komedi ...... sama seperti Osman Hafsham.

Mereka banyak belajar dari kemahiran dan kepakaran Seniman Agung P. Ramlee...... dalam segi pembentukan watak dan peranan sesuatu pelaku2 yang membawa peranan dalam menghayati watak2 yang diberi penekanan dan penyesuaian mengikut aliran penceritaan.

Apa yang dibawa mereka memang amat berkesan dan hilarious sekali.

Kita boleh saksikan dari peranan2 komedi yang dibawa oleh artis2 yg berlakun dibawah arahannya seperti:


Siti Fazurina

Beego

Nora Danish

Isma Alif

Lydia Ibsam

Tam

Suara Pemikat Hati - Its the Voice - Vocal - Vokal

SUARA bukan semata2 untuk dimiliki oleh penyanyi2 sahaja.
Namun penyanyi2 memerlukan suara yang unggul dan menawan untuk menawan peminat dan pendengar.

SUARA

Saloma - Ikon Fesyen

Di suatu program tv ada memuatkan paparan mengenai Saloma sebagai Ikon Fesyen dgn membuat tinjauan dari kalangan para artis2 dan orang awam ..... sememangnya ada pada realitinya.
Memang tepat sekali. Cuba perhatikan dari gaya dan aksi nya di filem2 yg sering di tayangkan di tv.
Lihat sajalah gaya dan aksinya..... dgn apa bentuk fesyen pakaian yang di pakainya semuanya cukup bersuaian sekali dgn bentuk susuk tubuhnya. Selalunya, bagi seseorang yg cantik dan pandai bergaya .... orang selalu nanti kata ....."....si anu tu memang pandai bergaya sebab apa yg dipakainya semuanya masuk". Maksudnya setiap pakaian yg di pakainya sememangnya menarik perhatian orang ...... menarik mata memandang. Ada daya tarikan lah tu.


Memang tidak boleh disangkal lagi ..... lihat sajalah Saloma yg bersusuk tubuh yg cute .... kecil molek .... genit lagi berpakaian seragam (uniform) seorang jururawat (nurse) dlm filem 'Seniman Bujang Lapok' pun menarik .... cantik dan menawan ..... padahal uniform jururawat tu bukannya ada bercorak berfesyen yg begitu special seperti 'dressing' yg para peragawati sering memperagakan di atas 'catwalk'. Uniform jururawat tu memang standard punya 'cutting' untuk semua kaum sejenisnya guna semasa bertugas. Tapi bila dipakai oleh Saloma (dlm filem tersebut) ada satu macam punya tarikan. Ini mungkin disebabkan keadaan susuk tubuhnya yang cute, kecil molek lagi genit itu. Cuba kalau seorang jururawat yg jenis 'heavyweight' pakai ...... sudah tentu tidak akan menunjukkan 'that something' macam gaya penampilan Saloma dgn pakaian seragam jururawat itu.

Begitu juga dgn beliau bila berpakaian ala barat .... bergaun paras lutut seperti dlm filem itu juga semasa 'scene' dalam taman dalam aksi intro lagu 'Gelora'.
Cuba perhatikan lagak dan gaya dia menari2 berpusing2 dgn gaunnya berkembang bagaikan payung (parachute mengembang) dgn langkah dan 'step'2nya mengikut alunan rentak lagu intro 'Gelora' sebelum lontaran vokalnya bermula. That part bagi ku sangat menarik dan tidak jemu2 bila menontonnya walaupun berkali2.

Juga, cuba perhatikan bila dia mengenakan pakaian Melayu seperti berkebaya moden (berkebaya pendek). Cukup menarik. Cukup mempesonakan.

Cara beliau berpakaian bukan sahaja semata2 menarik tapi ditambah serinya dgn cara dan gaya, gerak gerinya ketika berjalan ..... ketika berlenggang .... dengan lenggok yang bersesuaian dgn susuk tubuhnya. Tidak keterlaluan. Sederhana tapi menawan hati ... memikat hati dan sedap mata memandang. Tidak seperti sesetengah orang bila bergaya dgn fesyen yg menjolok mata.