APA DAH JADI DGN MALAYSIA KITA NI???? HAH?
29/08/2010
14 termasuk wanita leka berjudi ditahan
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Jika umat Islam lain sibuk mengerjakan ibadat sempena bulan Ramadan, 14 individu Islam termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang leka berjudi di Taman Sentul Bahagia di sini malam tadi.
Dalam serbuan polis kira-kira pukul 12 tengah malam, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun diberkas ketika sedang bermain judi belangkas yang dianjurkan pemilik rumah teres dua tingkat tersebut.
Serbuan dilakukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hasil risikan dan aduan orang awam dan kegiatan judi itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.
Menurut ketua operasi D7, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, turut dirampas, wang taruhan berjumlah RM1,526, daun terup dan papan judi belangkas.
Katanya, dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun cedera di tangan dan paha kanannya selepas terjun dari tingkat dua rumah itu ketika cuba melarikan diri.
"Kegiatan perjudian ini bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi pada hari-hari tertentu. Malah rumah teres itu pernah diserbu polis kerana menganjurkan perjudian kira-kira tiga tahun lalu.
....... dibawah ni ada lagi ....... tengok ....... maksiat! maksiat! betapa menjadi2
29/08/2010
Ops Bersepadu: 4 pondan, 3 wanita diberkas
PELABUHAN KLANG 28 Ogos - Lebih 20 orang pondan lari lintang pukang setelah diserbu dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan polis bersama penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Lorong Cungah di sini malam tadi.
Bagaimanapun, hanya empat daripada mereka berjaya diberkas. Tiga daripadanya mengalami cedera ringan di kaki dan tangan akibat terjatuh semasa melarikan diri dalam operasi yang bermula pukul 10.30 malam itu.
Turut ditahan, tiga wanita berkelakuan mencurigakan yang dipercayai pelacur.
No comments:
Post a Comment