Kalau negara betul2 ANTI-DADAH - (bukan sekadar KEMPEN2 berupa GIMMICK saja):
KENAPA? Ya! KENAPA dan MENGAPA?
YA! ..... malah banyak lagi KENAPA & MENGAPA yang harus di jawab:
1. Kenapa masih meningkat & membiak bilangan penagih2 (mat2 gian) di negara kita ini?
Ini bermakna supply (edaran) masih berleluasa (tetap bermaharajalela) walaupun secara haram (illegal) - namun aktiviti ini tetap masih rancak & meningkat. Adakah semua ini berlaku dan terus berlaku didepan mata mereka2 yang hanya bersedia 'close one eye' atau juga 'close both eyes'?
Tidak perlu ada jawapan .... hanya gunakan akal fikiran ..... fikir2lah sendiri.
2. Kenapa tidak ada pihak2 pengedar & 'drug kings' tidak tertangkap (kalau ada pun hanya segelintir sahaja (itu pun 'once in a blue moon') sedangkan puak2 ini mempunyai rangkaian (chain links) dimerata ceruk diseluruh dunia. Takkan susah sangat dengan bantuan alat2 jentera dan pelbagai jenis sistem canggih yang masing2 punya jabatan di masing2 punya sektor cukup sempurna dan efektif sekali jika diambil kira tentang fungsi dan kesahihan efesyensi nya.
Apakah begitu liarnya 'dadah kings' hingga begitu sukar untuk dikesan sehingga menjadi begitu sukar sekali untuk membanteras kegiatan mereka? Kalau benar pun tertangkap atau terperangkap tidakkah boleh diambil tindakan drastik & sewajarnya agar kegiatan ini tidak akan berulang lagi dan diambil alih pula oleh puak2 pelapis yang mewarisi mereka2 (dadah kings) yang tertangkap dan terkandas?
3. Kenapa dan mengapa pihak2 media (especially tv stations) melayan habis-habisan ppuak2 artis2 yang terang2 jelas lagi nyata terlibat dengan najis dadah (baik ganja, ecstacy, heroin, syabu dsbnya) - dan mereka2 ini masih lagi & terus menerus bergantung (dependent) dengan najis dadah. In fact semasa dalam pertunjukkan konsert tajaan pihak tv sendiri pun & program2 hiburan yang memaparkan artis2 jenis penagih tegar (hard-core) diskrin tv didapati mereka2 artis2 yang jenis penagih tegar (atau jenis' 'hard-core') ini mesti mengambil (dadah) bagi mengelak dari perasaan malu atau 'stage fright' dan juga konon2nya untuk memberi daya 'perangsang' untuk mereka beraksi diatas pentas hiburan. Ini bukan menonjolkan bakat (talent) yang sebenar jika mereka hanya boleh beraksi dengan bantuan faktor2 asing seperti najis dadah (sesuatu yang berunsur negatif). Adakah ciri2 yang berunsur negatif seperti itu sesuatu yang memberi galakan pula oleh pihak tv sendiri (badan agensi dan jentera kerajaan negara) dalam mempertonjolkan artis2 pilihan pihak tv sendiri semata2 untuk mengisi slot hiburan untuk tontonan masyarakat? Dan kedapatan mereka2 (artis2 penagih tegar) ini telah menjadi idola pada anak2 muda kita. Dan anak2 muda ini juga adalah generasi yang akan mewarisi kepimpinan di masa hadapan. Mereka2 ini tergolong dari kalangan anak cucu kita juga. Apakah pihak tv tidak prihatin dan terfikir akan masa depan generasi kita? Apakah pihak tv tidak mempunyai pandangan jauh? Visi ..... atau vision? Kita harus fokus kepada 'long term' .... bukannya 'short term'.
Amat sedih sekali jika perkara2 unsur negatif sebegini berlaku dan terus berlaku.
4. Kempen Anti-dadah melalui tv hanyalah semata2 untuk mengelabui mata penonton sahaja.
HARUS DI INGAT ........ PENONTON BUKANNYA BODOH & TONGONG sebagaimana yang dianggap oleh pihak2 media (terutama tv).
Pihak penonton pun 'aware' yang ada pihak2 atasan di stesen2 tv (termasuklah puak2 korporat - ini pernah di sebut2 oleh artis penageh tegar yang semua orang kenal iaitu Jamal Abdillah - pernah mengatakan puak2 korporat yang sebaya dan seangkatan dengannya sudah biasa dengan keadaan dan membesar dengan lagu2nya dan cara dan gaya hidup sejak dari zaman muda mereka). Memang tidak boleh disangkal lagi yang mereka2 ini (walaupun sudah berkedudukan tinggi dan bertaraf korporat) masih tidak dapat meninggalkan kegiatan lama (old habits) mereka iaitu mengambil dadah (seperti menghisap ganja, suntikan heroin, ecstacy, syabu dan lain2). Mereka2 itu pun juga jenis mat2 gian seperti yang berkeliaran di jalanan dan bawah2 jembatan dan bawah2 jejambat - tetapi agak bertaraf lebih atas dan ada kelas ...... bertaraf 'elit' kata sesetengah pihak.
5. Kenapa & mengapa di pusat2 serenti & di penjara2 - masih ada kegiatan 'drug dealing' - dimana puak2 'inmate' sentiasa mendapat 'supply' melalui pegawai2 kakitangan (bertindak seolah2 sebagai 'agent pengedar') pusat itu sendiri & juga warden2 penjara. Ini bukan rahsia lagi. Semua orang tahu. Ada sesetengah pegawai2 penjara & pusat2 serenti sendiri (sama ada secara sedar atau tak sedar (seperti terlanjur cakap) tercerita perihal kegiatan puak2 'inmate' dalam mengatasi 'gian' (dadah) mereka. Sudah tentu bila ada demand .... maka adalah supply. Economics theory terbukti dengan amalan (praktikal - practice) didalam pusat2 serenti & penjara bagi puak2 'inmate' yang gian akan najis dadah atau sebagainya. Semua itu berlaku sepertimana 'underground business' - iaitu dengan cara melakukan 'niaga bawah meja' atau lebih dikenali dengan terma 'under-counter trading' yang sentiasa aktif dimerata ceruk dan pelusuk dunia kini.
6. Satu lagi persoalan - iaitu tentang 'hasil rampasan' (sama ada dadah, rokok seludup, mercun seludup, bahan2 cetak-rompak dansbgnya) semuanya itu ..... cuba bayangkan .... MANA PERGINYA selepas di sahkan arahan UNTUK DI MUSNAH.
Konon2nya semuanya di MUSNAH (DESTROYED) - akan tetapi cuba perhati dan lihat tengok betapa rancaknya terdapat dengan begitu mudahnya di sekitar premis perniagaan di bandar2 maupun dikampung2 akan bahan2 yang sepatutnya 'sudah di musnahkan' itu ....
Menjelang musim2 perayaan - Dimana2 saja pun kita dapat melihat dan mendengar letupan2 mercun dan pembakaran mercun & bunga api - juga penjualan rokok2 berharga murah (hasil dari rampasan barangan seludup lah) dan penjualan CD & DVD cetak rompak yang begitu murah harganya (sebabnya apa lagi jika bukan dari hasil rampasan yang di aktifkan semula (mcm kitar semula lah). Apa lagi najis dadah - semuanya berada dalam bidang kegiatan yang sama.
Ya! semua itu nampak begitu terdedah dan amat ketara dan berleluasa dimana2.
FIKIRLAH SENDIRI - arahan UNTUK DI MUSNAH tu BOLEH PERCAYA KA?
Nampak nya macam hasil rampasan tu seperti hasil rompakan lanun2 yang akhirnya diselesaikan dengan cara berbagi-bagi berbedak-bedak sesama sendiri untuk kepentingan sendiri dan kaum puak sendiri (iaitu istilah 'kroni' sering digunakan sekarang ini).
Kempen Anti-Dadah semua tu hanyalah SLOGAN. Slogan seperti juga lain2 slogan hanya berupa "Gimmick" semata2. Lihat sajalah bila sesuatu slogan di laungkan oleh seseorang pemimpin - maka akan bergemalah diseluruh corong media2 massa untuk memberi sokongan berupa 'echo' atau seperti sambutan kodok2 (katak2 betong) meraung2 selepas hujan lebat - kata orang 'seperti katak memanggil hujan'. Pun boleh di ibaratkan seperti 'burung kakak tua' apabila kita sering melihat seruan dari para pengacara dan penyampai berita di stesen2 tv dengan 'salam satu Malaysia' yang kini satu2nya slogan paling popular - iaitu SATU MALAYSIA.
Dulu sebelumnya banyak slogan2 atau ungkapan2 seperti 'Islam Hadhari', 'Tak Nak', 'Modal Insan' turut menjadi ikut-ikutan oleh katak2 betong atau burung kakak tua yang mencari makan dengan pihak media2 massa arus perdana milik kerajaan (milik parti Umno khususnya).
Sekarang slogan2 tu semua sudah tenggelam dibawa arus - diganti dengan slogan baru iaitu "SATU MALAYSIA".
Siapa2 yang enggan turut sama melaung2kan slogan terbaru itu ..... iaitu tidak menunjukkan sokongan taat setia - tanpa turut serta melaung2kan slogan "SATU MALAYSIA" seperti yang sering kita dapat lihat dan dengar melalui corong2 media massa (tv & radio) dengan ungkapan oleh para pengacara & penyampai berita dengan "salam satu Malaysia" setiap kali bersiaran ....... maka alamatnya NAHAS DIA ........ GELAP MASA DEPAN BEB.
Kita penonton memang tahu yang ungkapan 'salam satu malaysia' dari puak2 pengacara & penyampai berita itu semua hanyalah ...... lakunan semata2 .... itu semua KEPURA-PURAAN ..... KEPALSUAN .....tidak dengan penuh ikhlas dari hati yang betul2 ikhlas & jujur.
Masing2 terpaksa menjaga keselamatan diri sendiri .... PERIUK NASI beb!
MEMANG BENAR PUN APA YANG TERPAMPANG MELALUI SKRIN MEDIA MASSA (TV) HANYALAH LAKUNAN .... SANDIWARA ...... GAMBARAN2 & PAPARAN2 YANG PENUH DENGAN KEPALSUAN BELAKA.
Thursday, October 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment