BANGSA MELAYU TIDAK PERNAH ADA PERADABAN SILAM (i.e. ANCIENT CIVILIZATION like that of EGYPTIAN, CHINESE, HINDU, SUMERIAN etc etc).
Patut pun segala apa yang berlaku pada bangsa Melayu menjadi kucar kacir - haru biru - huru hara - bercelaru - lintangpukang jadinya - berbagai2 kalau nak ditafsirkan.
Cakap pasai 'tamadun' atau 'peradaban' (civilization) ...... Patutlah kebanyakan kita Melayu ni cukup banyak kekurangan (kelemahan) yang menjurus kepada bersifat 'uncivilized' belaka dalam segenap aspek.
Sebab itulah sekarang timbul bermacam2 program:
1. Ada 'Second Honeymoon' la ........ apa ni?
2. Ada 'Kursus Perkahwinan' la ....... sengaja di ada2 kan.
3. Menyambut 'Hari Raya' sampai sebulan la (sampai berakhir bulan Syawal) dengan memberi alasan yang kita umat Melayu (Islam) berpuasa sebulan sepanjang bulan pada bulan Ramadan (di sebut 'bulan puasa') ..... maka sudah semestinya lah sambutan 'hari raya' pun mengambil masa sepanjang bulan Syawal jugalah. Macam nak lepas geram lagaknya bangsa kita yang dinamakan Melayu ni. Bayangkan jika Melayu kita dulu yang sebelum kedatangan Islam .... apa jenis sambutan 'hari raya' mereka sambut? ...... sila buat kajian tentang kedudukan kita Melayu2 ketika sebelum kedatangan pengaruh Islam.
Padahal jika diambilkira akan pengertian 'Hari Raya' itu sendiri ..... iaitu sempena sambutan 'Hari Raya Aidilfitri' dan juga 'Hari Raya AidilAdha' .... sesuatu suasana meraikan hari kebesaran (iaitu Hari Raya (raya bermaksud besar) hanyalah 'Satu hari' itu sahaja. Sesuatu 'hari' yang kita sambut hanyalah 'satu hari itu' sahaja. Begitu jugalah apabila kita menyambut 'Hari Perkahwinan' - begitu juga 'Hari UlangTahun Perkahwinan' ..... begitu juga sambutan 'Hari Jadi' atau 'Hari Kelahiran' atau 'Hari Keputeraan' ... dan juga 'Hari Kemerdekaan' .... semuanya itu menunjukkan kepada satu hari sahaja ... hari yang berkenaan ... yakni HARI ITU sahaja yang disambut atau di kenang atau di ra'ikan. Jika tidak .... tidaklah kita sebut 'HARI' pada sesuatu upacara yang kita sambut tu.
4. Mencipta acara 'rumah terbuka' la ... sempena nak jadikan suasana Hari Raya tu berterusan sehingga masing2 merasa nikmat 'kepuasan' menyambut suasana 'hari raya' walaupun 'Hari Raya' yang sebenarnya sudah pun berlalu (over). Ini seolah2 ingin memberi 'extension' untuk umat Melayu melanjutkan berpesta berhari raya sepanjang bulan Syawal (yang dengan tiba2 di sebut 'bulan raya' pula jadinya).
5. Memberi galakan untuk 'Mengorat isteri sendiri' - apa ni? - entah idea bodoh sebodoh2nya manusia hingga isteri sendiri pun harus di mengoratnya untuk sesuatu tujuan. Tujuan yang amat bodoh lagi gila nan sasau .... mungkin disebabkan otaknya sudah miring (mereng) agaknya.
Itulah bila tak ambil mengerti akan maksud erti istilah 'mengorat' atau 'mengurat' maka jadi lintangpukanglah penerimaannya. Bukankah maksud erti 'mengorat' tu atau 'mengurat' tu hanya pada peringkat permulaan semasa dalam daya usaha untuk memikat seseorang (perempuan/gadis) sebelum mengenali sepenuhnya. Kalau dah jadi isteri (hak punya kita sendiri) nak mengorat kepala bapak apa lagi? Kalau sekadar nak bergurau senda tu bukan lah bermaksud 'mengorat' namanya. Cuba ambik mengerti akan tindak tanduk aksi 'mengorat' yang sebenarnya. Kalau tidak nanti .... kita akan ditertawakan orang sahaja jadinya.
6. Dan ada pula idea di galakkan buat acara 'bersanding semula' ..... 'bersanding di atas pelamin' untuk tontonan orang .... mungkin dalam kalangan kelompok kaum keluarga. Itu pun amat jelik sekali jika diadakan. Pun di syorkan buat acara sebegitu mungkin bagi kali kedua ... dan berterusan ke kali yang ketiga ... ke empat .... dan seterusnya ..... kira macam sambut 'anniverasary' iaitu sambutan 'ulangtahun perkahwinan' (wedding anniversary' macam amalan budaya barat (yang selalu matsaleh dok buat .... hingga menjadi ikutan oleh sesetengah kalangan umat Melayu kita. Segenap budaya asing Melayu mudah terpengaruh (kalau adat bersanding - budaya ugama Hindu .... adat menyambut 'ulangtahun hari perkahwinan' amalan budaya matsaleh (yang beragama Kristian dan Yahudi). Namun kita (Melayu) tetap megah dan berbangga jika dapat meniru amalan2 seperti mereka itu.
Idea buat acara 'bersanding semula' oleh pasangan suami-isteri ..... menunjukkan betapa amatlah bodoh punya bangsa. Ini kerana adat 'bersanding' diatas pelamin itu bukankah adat dan budaya asing iaitu 'adat Hindu' ..... adat dan budaya ugama Hindu menjadi ikutan sejak turun temurun lagi (sepatutnya di buang saja ... di hapuskan saja adat yang bertentangan dengan agama Islam kita). Ini tidak ..... masih diamalkan dan dibesar2kan dan diberi segala keutamaan dalam merayakan upacara adat lapuk lagi songsang itu. Dimanakah dikatakan yang kita Melayu berpegang teguh akan fahaman dan amalan agama Islam tiba2 boleh terikut2 dengan adat istiadat bangsa dan ugama lain?
Itulah hakikatnya bangsa Melayu - satu jenis bangsa (yang bukan jenis 'bangsa' (ras) yang sebenarnya) - tidak punya identiti sendiri - harap dok ambil orang lain punya saja.
7. Kebanyakan budaya matsaleh lah yang dijadikan contoh dan ikutan.
'Second honeymoon' tu asalnya dari amalan yang ditonjolkan dari cerita2 filem2 barat baik Hollywood atau seumpamanya. Banyak terdapat kisah2 pasangan dalam filem2 Hollywood dan sebagainya memaparkan kisah2 dan gambaran peristiwa 'second honeymoon' untuk menggambarkan suasana betapa 'romantik'nya pasangan berkenaan. Itu hak mereka .... dia orang punya pasal la ....... Tapi Melayu ambik dan meniru (biasa la) amalan seperti itu untuk dijadikan budaya Melayu kini konon. Zaman dulu2 bangsa Melayu mana reti 'berhoneymoon' 'honeymoon'.
8. Kemudian ..... berbagai2 istilah dan ungkapan timbullah:
---Suami Mithali la ......
---Isteri Mithali la .....
---Isteri Solehah la ....
---Ibu Mithali la ......
dan lain2 lagi
(Yang kelakar tu istilah2 semua tu adalah dari istilah2 asing .... seperti 'mithali' & 'solehah' tu adalah dari bahasa Arab).
Apa cerita ni? Asyik dok mengikut2 saja .... tapi HARAM apa pun TARRAK (tak dak).
Mengarut saja semua tu. Sekadar 'gimmick' .... sekadar nak menggembar-gembur saja ....
Yang kelihatan HANYALAH KEPURA2AN saja.
Semua tu hanya untuk menunjuk2 pada dunia .... agar mendapat perhatian DI MATA DUNIA ...
"LIHAT LAH DUNIA" - seolah2 menyata maksud "LIHAT LAH ..... bangsa kami pun hebat sepertimana bangsa kamu juga - macam bangsa2 lain di dunia juga".
Kesimpulannya: Melayu dengan sendirinya akan terus hilang di dunia (bercanggah dengan pepatah Hang Tuah "Tidak Melayu Hilang di Dunia" - dimana watak Hang Tuah dalam sejarah bangsa Melayu pun tidak sahih - hanya dongeng semata).
LIHAT SAJALAH .... apa yang jelas lagi nyata:
Ramai Melayu pun dah jadi bercampur-aduk. Keturunan mamak (dari India-Pakistan atau benua Keling) pun digelar Melayu. Kaum bukan ... bangsa pun bukan.
Begitu juga dengan bahasa. Bahasa rojak bercampur-aduk dengan berbagai macam istilah asing kebanyakannya istilah Inggeris lah. Jadi - bahasa kita kini bukan lagi bahasa Melayu tulin.
Budaya pun bermacam2 jenis budaya digabungkan menjadi amalan dan ikut2an anak Melayu kita semakin menjadi2 akan kekucar-kacirannya akan budaya anak bangsa Melayu kita kini.
Apakah itu sifat dan ciri2 Melayu tulin yang berasaskan adat dan tata susila ketimuran?
Kalau hendak dikaji .... bahasa kita pun tidak punya identiti.
Bayangkanlah apakah bahasa yang orang Melayu gunapakai untuk berkomunikasi sebelum datangnya pengaruh Islam (Arab). Bahasa pertuturan mungkin bermacam2 jenis loghat dan dialect seperti banyak yang terdapat dikalangan rumpun kelompok kaum di alam nusantara. Tetapi kita tidak punyai abjad yang dapat menyampaikan komunikasi dalam bentuk penulisan (scripture) seperti terdapat pada bangsa2 di benua Asia yang lain seperti China (mempunyai abjad atau scripture nya sendiri - Chinese character) - begitu juga dengan bahasa Tamil, Urdu, Sanskrit, Jepun, Korea, Thailand - masing2 mempunyai bahasa penulisan dengan huruf2 abjad mereka tersendiri. Itulah identiti bahasa mereka. Masing2 mempunyai identiti sendiri.
Tapi sayangnya kita Melayu dan juga berbagai jenis kaum dan kelompok penduduk di kepulauan Indonesia yang begitu punya berbilang ramai jumlahnya tidak dapat menghasilkan identiti dalam bahasa dalam bentuk 'penulisan' sendiri. Kita hanya mampu meminjam dengan mengambil huruf2 jawi untuk dijadikan bentuk rupa bahasa bagi disebatikan dalam sistem pertuturan dalam penggunaan bahasa kita dari lisan diterjemahkan menjadi tulisan untuk mudah dicatet dan di baca.
Namun itupun tidak berpanjangan dan berkekalan disebabkan pengaruh penjajah (dari barat) lebih dapat menarik minat dan penggunaan pakar2 bahasa kita yang dengan mudah beralih kepada penggunaan abjad roman (rumi = romanised) iaitu penggunaan abjad A B C ..... Z begitu berleluasa sekali sehingga kini. Penggunaan pengaruh bahasa Arab iaitu huruf2 jawi (alif ba ta .... ya) sudah jadi sejarah. Penggunaannya tidak lagi menyeluruh sebelum datangnya pengaruh barat (penjajah).
Itulah hakikatnya Melayu kita yang senantiasa mudah mengambil orang punya.
Dan tidak hairanlah jika diambil beberapa contoh yang ketara seperti berikutnya:
1. Bendera Jalur Gemilang.
2. Lagu Kebangsaan 'Negaraku'
3. Tugu Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment