Sunday, July 18, 2010

BUANG BAYI BUANG BAYI

TAJUK KHUTBAH JUMAAT [30-05-2008] DI MASJID JALAN DUTA - BERILAH PELUANG UNTUK HIDUP
From:
antidevil indisguise
View Contact
To:clas6virgin@yahoo.com; miazrina@yahoo.com
Cc:awangdogoi@yahoo.com; ierlia@yahoo.com; hannurbatrisha@yahoo.com; steno_senorita@yahoo.com; avisyhi@yahoo.com; chiby_4570@yahoo.com; dir_1205@yahoo.com; rozarinaz@hotmail.com; zulk36@yahoo.com; hazrol_ridhuan@yahoo.com; tr3sy@yahoo.com; tipahmanis@yahoo.com; anak_samoerai@yahoo.com; lynn_iza@yahoo.com.my; fidodido_bungatanjung@yahoo.com; silverblurs_cool@yahoo.com; meknis_reena@yahoo.com; teq_sumteq@yahoo.com; elieynaa@yahoo.com.my; nitro_bacterex@yahoo.com.my; aszrul2002@yahoo.com; zikin76@yahoo.com.my; azrin_lpp@yahoo.com; cak_ariana@yahoo.com; fadzli_puo@yahoo.com.my; armain_shukor@yahoo.com; aziz_rawi@yahoo.com.my; hirzam@msn.com; ary_281@yahoo.com; smizan@yahoo.com; hirman_evo@time.net.my; mkhtech@yahoo.com.my; fiza_2409@yahoo.com; saifol@powersb.po.my; azmi_abdulraji@yahoo.com; et_runal@yahoo.com



Tajuk khutbah Jumaat berdasarkan isu gejala pembuangan bayi.
Kesan dan akibat gejala pembuangan bayi yang sering berlaku dikalangan anak muda Melayu kita yang beragama Islam. Tindak-tanduk mereka-mereka ini disabitkan dengan pengabaian ajaran dan didikan agama Islam iaitu dengan mengabaikan pendidikan dan amalan agama. Ini juga secara otomatik dengan sendirinya tertimpa keatas bahu ibu-bapa mereka yang terbabit. Adakah itu punca yang sebenarnya? Tentang pengajaran agama tidak diserapi keatas anak-anak dari sejak mereka kecil lagi seterusnya peringkat mereka sedang membesar keperingkat remaja dan seterusnya ke alam dewasa.
Mungkin tidak. Cuba buat kajiselidik dengan lebih teliti dan lebih terperinci akan mangsa-mangsa yang terlibat itu - adakah mereka itu tidak mempunyai pendidikan disegi agama dari pembesaran mereka semasa dibawah jagaan ibu-bapa mereka?
Apa pula dikalangan orang-orang yang bukan Islam? yang bukan-Melayu? Jarang sekali kita dengar isu pembuangan bayi ini berlaku dikalangan masyarakat mereka. Kebanyakan dari kalangan ini pun tidak kurang hebatnya cara dan gaya hidup bebas mereka. Tentu ada kes-kes terlanjur hingga menyebabkan mangsa yang terlibat termengandung. Tetapi tidak pula berakhir dengan bertindak membuang hasil zuriat (yang dilahirkan diluar-nikah) 'yg di katakan haram' itu bertaburan dimerata ceruk, sudut, longkang, tong-tong sampah dan sebagainya seperti apa yang sering dilakukan oleh anak bangsa Melayu kita! Atau pun mungkin tidak ada banyak yang membuat honar sebegitu sehingga berakhir macam apa yang sering terjadi pada anak Melayu kita. Hairan ya? mereka-mereka ini pun tidaklah begitu taat setia dan patuh pada ajaran agama mereka. Tidak lah begitu religious sangat kalau nak dikatakan yang mereka ini takutkan Tuhan mereka atau patuh dengan ajaran agama mereka kalau nak dibandingkan dengan penganut-penganut Islam kita.
Pada pendapat saya, samada seseorang individu yang bernama manusia itu - dia adalah tertakluk dibawah kawalan hawa nafsu (kerana manusia bukan malaikat (tanpa nafsu). Bila nafsu seks mengatasi yang lain, tidak kiralah samada dia itu kuat ajaran dan didikan agamanya, walau penuh ilmu didada, warak dan alim dalam bidang keagamaan, namun ustaz, ulama maupun tok-tok imam sekalipun ada terlibat dalam kes-kes skandal salah-laku seks, zina dan sebagainya. Adakah mereka diabaikan pendidikan agama mereka semasa mereka masih kecil dan sedang membesar semasa dalam penjagaan ibu-bapa mereka dulu? Sudah semestinya tidak. Oleh itu dalam segi ini, ibu-bapa tidak harus dipersalahkan.
Namun begitu, ibu-bapa tetap bertanggung jawab dalam menentukan hala tuju penghidupan berkelamin keatas anak-anak mereka (baik yang lelaki maupun perempuan). Maksud penghidupan berkelamin ialah mengecapi alam kehidupan rumah-tangga - iaitu menempuh alam perkahwinan.
Apa yang saya nampak, gejala pembuangan bayi yang banyak dan sering berlaku dikalangan anak-anak Melayu kita adalah disebabkan susulan dari akibat tindak-tanduk ibu-bapa mereka juga.
Dalam masyarakat Melayu yang berteraskan ajaran Islam, sepatutnya tidak terpengaruh dengan adat-adat dan gaya hidup barat dan budaya asing yang pentingkan material iaitu harta-kekayaan. Dan ini menjurus kepada sifat dan sikap berlumba-lumba, bersaing antara mereka (yang kerapkali berlaku pada kalangan orang-orang Melayu kebanyakannya).
Contohnya bayaran hantaran belanja sekarang ini. Bayangkan hantaran belanja hingga boleh mencecah sampai ketahap RM1 juta disebabkan dari mulanya dihebahkan oleh kalangan artis (melalui media-media) telah membuat suatu macam punya trend bagi kalangan masyarakat Melayu untuk bersaing dalam memperdagangkan anak-anak dara mereka dengan meletak tanda-harga (price-tag) bagi sesiapa yang ingin melamar.
Mereka-mereka (ibu-bapa) yang mampu dan mewah dengan hasil kekayaan melimpah ruah bolehlah menyahut akan tawaran (offer) untuk lamaran (perkahwinan) untuk digandingkan bagi pasangan anak-anak mereka. Memang tidak ada masalah langsung bagi kalangan mereka-mereka ini. Semakin besar atau tinggi letak-harga tawaran (hantaran belanja) semakin besarlah keegoan mereka-mereka ini untuk di canang dan dihebah-hebah, diheboh-hebohkan diseluruh pelusuk dan rantau malah seluruh negara maupun dunia 'amnya. Itu semua untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah untuk menyatakan kehebatan mereka. Dan adakah ini dituntut oleh agama? Kan itu riak namanya.
Tapi, bagi yang tidak berkemampuan pula bagaimana? Tentulah perkara baik seperti niat hendak "mendirikan masjid" ini terbantut. Ada yang terpaksa di tangguh. Ada yang terbengkalai begitu sahaja. Ada yang terpaksa dibatalkan terus.
Namun cinta diantara pasangan yang terlibat tetap dan masih terus terjalin, walaupun niat untuk di ijabkabulkan terhalang, disebabkan ketidakmampuan untuk menyahut akan 'letak-harga' (hantaran belanja) yang begitu tinggi.
Disebabkan proses 'menjual anak' inilah yang hanya berlaku dikalangan masyarakat Melayu kini telah dengan tak kita sedari sebagai salah satu punca penyebab-akibat akan gejala 'pembuangan bayi' yang sering berlaku dikala ini.
Walaupun urusan dan usaha untuk melalui adat istiadat nikah kahwin (ijab kabul) yang mengikut lunas-lunas yang ditetapkan tidak mendatangkan hasil, hubungan antara pasangan terbabit tetap akan terus terjalin. Malah semakin erat dan lebih intim lagi akan ikatan hubungan zahir antara mereka dan seterusnya hingga terlanjur kepada hubungan batin (maksud disini hubungan terlarang) iaitu skandal salah-laku seks atau zina.
Bila perkara terlanjur sudah berlaku, dan rahsia perbuatan terkutuk mereka akan terus diselindung dan disembunyi dari pengetahuan umum, dan rahsia dibiarkan terus jadi rahsia sehinggalah terbongkarnya apabila hasilnya tercetus 'bila rahsia sudah tidak lagi rahsia' apabila terdedahnya gejala 'pembuangan bayi' berlaku diakhir episode nya.
Itulah akibat dari kebanyakan tindak-tanduk daripada ibu-bapa sendiri yang pentingkan kebendaan dan sikap menilai anak mereka bersandarkan wang ringgit.
Cuba bayangkan berapa ramai anak-anak gadis Melayu yang sudah lanjut usia (andartu atau andalusia) yang masih tidak mempunyai pasangan hidup sebagai suami-isteri. Disebabkan apa? Memang banyak faktor yang menjadi penyebabnya. Tapi, apa yang kita fokuskan disini adalah berkenaan dengan gejala 'buang bayi'.
Namun, semua ini adalah perkembangan susulan dari kesilapan dan tindak-tanduk ibu-bapa dari kalangan masyarakat Melayu itu sendiri yang membuka ruang atau membuka jalan bagi anak-anak gadis mereka terjun kekancah kehidupan bebas tanpa batasan adat dan agama. Oleh kerana salah satu sebab 'nilai harga dalam mata wang ringgit' anak-anak gadis mereka tidak termampu dilamar oleh yang jadi pilihan masing-masing, maka mereka tiada punya pilihan lain, melainkan teruskan cara dan gaya hidup pilihan mereka tersendiri.
Ada juga yang hidup bebas tanpa bernikah, hidup dan tinggal serumah atau sebilik. Boleh dibuat tinjauan disekitar Lembah Kelang jika hendakkan kepastian. Cukup ramai sekali masyarakat Melayu (samaada bertudung atau tidak bertudung) tinggal serumah bersama 'boyfriend' mereka, tanpa pengetahuan ibu-bapa mereka juga. Walau pun disegi ini ibu-bapa mereka tidak harus dipersalahkan, kerana mereka bertindak mengikut batas kebebasan hidup yang mereka sendiri pilih, diluar kawalan ibu-bapa mereka. Namun, ibu-bapa tetap tersilap dalam menentukan hala-tuju hidup anak-anak mereka (lebih-lebih lagi yang gadis) dari peringkat awal-awal lagi semasa dalam peringkat bawah kawalan ibu-bapa (iaitu sebelum trend hidup mereka yang songsang dan pincang ini berlaku).
Dengan episode hidup dengan gaya hidup bebas sudah tidak memberi masalah lagi samada perlu mendirikan 'rumahtangga' yang sah dengan cara mengikut agama, adat dan tradisi 'nikah-kahwin' lagi. Ini kerena dengan cara dan gaya hidup bebas tidak perlu bersusah payah untuk mengikut berbagai syarat dan peraturan yang mesti dipatuhi. Zaman yang semakin maju kini semuanya perlu ringkas dan mudah tanpa membebankan disegi wang ringgit, masa dan tenaga. Semua ini adalah reaksi susulan akibat punca asal dari tindak tanduk dan sikap ibu-bapa dari kalangan orang Melayu kita juga.
Hanya diakhir-akhir ini sahaja - gejala pembuangan bayi banyak berlaku hanya pada kalangan masyarakat Melayu kita sahaja? Mengapa?
Cuba tinjau-tinjau dan fikir-fikir balik.
Dalam perkara ini, sememangnya masyarakat kita keseluruhan nya yang membawa kepada kepincangan masyarakat Melayu sendiri.
antikepincangan
Laporan terkini tentang pembuangan bayi ..... kian menjadi-jadi dikalangan masyarakat Melayu sendiri:

Mayat bayi perempuan dalam baldi di sekolah pondok

KUALA TERENGGANU 1 Jun - Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam sebuah baldi yang diletakkan di tepi asrama perempuan di sebuah sekolah pondok di Kuala Terengganu dekat sini petang tadi.
Bayi tersebut ditemui oleh pengetua sekolah berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang dengan keadaan dibaluti skirt dan seluar dalam perempuan dewasa.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Supritendan, Zamri Shamsuddin memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut selepas dimaklumkan oleh pengetua sekolah terbabit.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pelajar sekolah terbabit yang mengakui bahawa bayi tersebut miliknya.
''Bayi tersebut dilahirkan pada hari Jumaat lalu, kira-kira pukul 12.30 tengah hari di tepi tangga asrama perempuan di sekolah berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, bayi berkenaan ketika dilahirkan masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia selepas lima minit kemudian.
Zamri memberitahu, pelajar terbabit yang berusia 17 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan.
Tambahnya, pihaknya kini sedang mencari suspek lelaki yang juga merupakan bapa kepada bayi tersebut untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment