Tuesday, July 13, 2010

MAKANAN2 YG MACAM2 ADA KAT KEDAH SANA

Jid Desa oi .......... sebelum hang bercakap atau dok bergebang pasai buah2 dan hasil2 tanaman dari kampung ....... hang kena lah juga bok keluaq idea2 atau rekaan2 hasil ciptaan orang2 kampung (yg juga asalnya diturunkan (turun temurun) dari tok nenek moyang kita dari dulu2 lagi). Hang kena ingat! ....... Kerana depa jugalah ....... kita dapat merasa hasil2 reka-cipta makanan dalam bentuk berbagai2 jenis dan ragam yang hingga kini menjadi begitu digemari dan menjadi ikut2an dalam amalan permakanan dalam masyarakat Melayu kita kini.

Ambil contoh2 seperti berikut:

KERABU DAUN MENGKUDU - Daun mengkudu yg orang2 kampung selalu dok amal dalam menungku perut pompuan2 yg baru lepas bersalin (beranak) dimana daun2 mengkudu di gunakan untuk lapik atau alas tungku2 besi yg panas bagi mendemahkan bahagian2 perut dan urat2 serta otot2 untuk menghilangkan sakit2 lenguh2 sendi dan sebagainya (semasa didalam pantang selepas bersalin).

KERABU DAUN MENGKUDU cukup enak dan sedap dimakan bersama hidangan nasi sebagai menambahkan selera makan.

KERABU BUNGA BETIK - begitu jugalah dengan kerabu bunga betik (bunga betik yg di pungut dari pokok betik yg jenis 'betina' (yg tidak menghasilkan buah).

KERABU BUNGA DEDAP - pun sedap dimakan ........ siapa sangka jenis bunga2 pun boleh dijadikan makanan pembuka selera.

KERABU TAUGEY - biasa saja........ dimana2 ada ........ TOKSAH KIRA LA ....... DAH TERLALU PUNYA COMMON........ namun sedap juga untuk membuka selera makan.

KERABU REBUNG - dari pucuk2 rebung - dan ada juga di adun - di gaul bersama dgn daun2 mengkudu atau sebagainya.

KERABU DAUN PEGAGA - pun sedap juga bila dimakan bersama hidangan dgn nasi ..... (selain daun pegaga yg selalu di buat ulam pencecah sambal belacan).

KERABU PERUT - ini agak kelainan dari kerabu2 yg lain kerana ianya dibuat dari organ2 (perut lembu) - juga sedap dan enak dimakan bersama hidangan nasi.

SAYUR LEMAK DAUN MENGKUDU - daun2 mengkudu (selain di buat ulam yg selalunya di rebus) - jika dibuat sayur masak lemak - juga sungguh menyelerakan.

SAYUR LEMAK DAUN GETI (DAUN TURI) bercampur ubi keledek - begitu juga dgn sayur2 dari pucuk2 daun2 geti atau (pucuk daun turi).

SAYUR MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU - juga paling digemari penduduk2 kampung.

Lihat sajalah betapa punya mudah didapati pucuk2 daun2 hasil tanaman kampung (ada yg ditanam dan hidup ditepi2 rumah dan di sekitar kampung halaman.

Jangan lupa pula akan kuah untuk dimakan dgn 'ketupat nasi'?

Kalau pada kebiasaannya ...... kuah 'ketupat nasi' dimana ketupat nasi kita selalu menumpang kuah yg kita cecah dgn 'satay' sahaja kan? sama jugalah dgn timun bawang semuanya kita hanya menumpang dgn 'kuah satay' (kuah kacang tu).

Tapi ini yg satu2nya ini ......... adalah hanya terdapat dikalangan orang2 utara (iaitu dari kalangan masyarakat Melayu Kedah). Kuah 'ketupat nasi' ini adalah ......... masakan tumis udang2 kecil bercampur dgn serai serta lain2 perencah (rempah-ratus). Hidangan 'ketupat nasi' bersama 'kuah tumis udang dgn perasa serai' adalah enak untuk hidangan di Hari Raya. Cukup enak dan amat lazat sekali.........pendek kata 'ketupat nasi' lebih enak (sedap) dimakan dgn 'kuah tumis udang perasa serai' drp di cecah dgn 'kuah satay'...... kerana 'kuah satay' (kuah kacang tu') memangnya sesuai hanya untuk 'satay' sahaja.... kerana itulah 'gu'nya' yg sememang2nya dari dulu2 lagi. Sebagai alternatif, jika tiada 'ketupat nasi' ........ 'nasi himpit segera' yg sentiasa boleh didapati di pasar2raya pun boleh menggantikannya apabila perlu. Yang sedap dan lazatnya adalah 'kuah'nya ..... sebab 'kuah'nya lah yg memberi kelazatannya.

No comments:

Post a Comment